Friday 18 April 2014

Rezki yang Allah tentukan

Teks/ foto : Mazlina Che Yusuf

Rezki ajal maut di tangan Allah....yang penting usaha insyaallah....kek yang paling tinggi tempahannya....kek span  coklat , filling coklat ala2 coklat indulgunce...biasanya kanak2 sangat suka kek ni....
●●●● sehingga menjilat jari ●●●●

Thursday 17 April 2014

Tempahan Kolej Yayasan Felda Trolak

Assalamualaikum
          Lama dah tak menulis....sibuk dengan assigment....semester ni  praktikum, dengan RPH setiap minggu, rakaman , tugasan dan kuliah....namun minat yang satu ni tetap berjalan juga....stress dengan tugasan....membuat kek adalah terapinya untuk saya.
          Kek coklat indulgunce ni ditempah untuk meraikan Mr.Greg pensyarah dari USA yang tamat kontrak mengajar di Kolej Yayasan Felda, Trolak.
          Terima kasih daun keladi kepada Nik Azida yang menguruskan tempahan....

Wednesday 26 February 2014

KEK MINI LAGI

Assalamualaikum
Alhamdulillah...sepanjang minggu ni tempahan untuk kek mini tak putus-putus...rezki anak anak.

Sibuk bukan alasan untuk kita tidak menyumbang bantuan kewangan untuk keluarga kita.

Ayuh para suri di rumah...jadikan hobi anda penjana pendapatan harian...mingguan...bulanan...pilih dan anda yang tentukan.

Jumpa lagi

Saturday 22 February 2014

REZKI YANG DIKONGSI BERSAMA


Teks : Mazlina Che Yusuf
Foto : Mazlina Che Yusuf

Alhamdulillah
Minggu ni dapat tempahsn daripada adik seorang rakan yang sedang menuntut di UPSI dan UKM. Mereka sangat berminat untuk menambah "duitpoket"...

Tahniah...kerana belajar menjana pendapatan sendiri, sekurang2nya sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan sekarang yang semakin meningkat.

73 bekas semuanya...gigih juga dua beradik ni...bukan susah...ambil order dulu...baru tempah...

Jumpa lg...

Wednesday 19 February 2014

ANUGERAH 5 BINTANG

Teks: Mazlina Che Yusuf
Foto : Mazlina Che Yusuf

Assalamualaikum semua
Hari ni baru sempat nk berkongsi sedikit komen dari mantan guru besar pasal kek red velvet hari tu.
Berbunga hati mcam duduk dalam taman bila dapat komen dari beliau....maklum Hjh Laila ni pandai masak orangnya...anak perempuan beliau juga menjalankan perniagaan kek dari rumah beroperasi di ibu kota, serta mendapat tempahan dari kawan-kawan artis adiknya Hafiz Hamidun.

Saya ni siapalah sangat dalam bidang pembuatan kek ni...ibarat kata " baru setahun jagung". Cuak juga bila di mintanya kek red velvet tu...

Tapi alhamdulillah...menepati citarasanya....apalagi kepuasan yang kita nak selain pelanggan suka dan senang hati dengan apa yang kita hidangkan.

Jumpa lagi di lain coretan...

Thursday 13 February 2014

KEK MINI CHEESE

Teks: Mazlina Che Yusuf

Foto : Mazlina Che Yusuf

Assalamualaikum
Mlm ni siapkan tempahan kek mini utk rakan2 esok...nk mkn dlm perjalanan utk pergi mesyuarat....sapa yg  jadi supir tk boleh makan....drive safety

Wednesday 12 February 2014

SI BALDU MERAH RV

 Assalamualaikum

Hari ni ada program Motivasi Jati Diri UPSR 2014 utk Gugusan Besout.
Penceramahnya ialah anak mantan Guru Besar saya di SK Besout 3 dulu.....nama anaknya Mohammad Hafiz Hamidun....penyanyi nasyid zikir terapi tu....

Pn Hjh Laila dah maklum awal nak datang Besout waktu program ni...& ada permintaan..."saya nak kek Red Velvet special"...huhu mana ada special....biasa2 jer....

So ni lah kek si baldu merahnya....Harap cikgu suka kek ni.....Apapun syukran jazilan cikgu kerana sudi merasa kek saya....



Foto : Mazlina Che Yusuf
Teks : Mazlina Che Yusuf

KEK EMERGENCY...COKLAT SRAWBERRY


Assalamualaikum semua....

Ni adalah kek emergency nama dia...huhu.....ditempah oleh kawan satu sekolah utk anak saudaranya. Kebetulan kakaknya dari Kulim , balik bercuti ke Besout...
 ...." kak masz boleh buat kek tak...tapi nak petang ni"

Mak aii ...pukul 3 ptg dah ni....."diaorang baru cakap nak kek...boleh la...kalau boleh nak ada kartun"....tudia...kartun?? stok kartun apa yg ada la....mujuq ada badut last stok 2 ekoq tu ja...

Macam biasa nak tolak pun tak sampai hati...berharap sangat...balik mai jauh2 ni....alhamdulillah dapat siapkan...lepas maghrib diaorang datang ambik kat rumah....sempat le sejuk sikit kek tu....

Ni namanya kek emergency....hihi...Kek coklat starawberry

TQ Zue Reen

Foto : Mazlina Che Yusuf
Teks : Mazlina Che Yusuf

Saturday 8 February 2014

Mini Cheese Cake Yang Comel Dan Yummy!

Teks: Mazlina Che Yusuf
Foto: Mazlina Che Yusuf


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Antara mini cheese cake yang Kak Masz baru siapkan untuk pelanggan setia Kak Masz.
Perisa pandan, coklat bluberi dan coklat strawberi. Harganya RM5 sebekas ya.

Terima kasih sokong bisnes kecil Kak Masz.

Wassalam.

Syukur & Tahniah Pelajar Tingkatan 4 MRSM Felda

Teks: Mazlina Che Yusuf
Foto: Mazlina Che Yusuf


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kerja Kak Masz apa lagi ya? Kongsi tempahan kek yang Kak Masz buatlah kan ;).
Kali ni tempahan kek ucapan tahniah dan kesyukuran dari Ustaz Mansor Othman untuk pelajarnya di MRSM Felda.

Terima kasih ya.

Wassalam.

Selamat Hari Tua Sir!

Teks: Mazlina Che Yusuf
Foto: Mazlina Che Yusuf


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kak Masz kongsi tempahan lagi ya.

"Selamat Hari Tua Sir!"...kek coklat tempahan Cikgu Rizza Joe. Terima kasih kerana selalu buat tempahan dengan Kedai Kek Muslim. Alhamdulillah. Kak Masz kongsi testimoni sikit ya ;)


Kalau nak order, contact Kak Masz ya.

Wassalam.

Cheese Oreo Cake

Teks: Mazlina Che Yusuf
Foto: Mazlina Che Yusuf


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ini adalah cheese oreo cake untuk Puan Rasmaliza...untuk suami, anak-anak, adik-adik dan ibunya. Makan-makan bersama keluarga. Selamat Bercuti. Drive Carefully!

Wassalam.

Cheese Cake CNY

Teks: Mazlina Che Yusuf
Foto: Mazlina Che Yusuf


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kak Masz nak kongsi tempahan lagi ni. Ni antara kek terakhir yang ditempah sebelum cuti CNY baru-baru ni. Tak mennag tangan jadinya. 

Selamat kembali lah semua ya setelah bercuti panjang.

Wassalam.

KEK VANILLA MANGGO

Teks: Mazlina Che Yusuf
Foto: Mazlina Che Yusuf


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa khabar suri semua? Kek ni ditempah oleh anak murid tahun 6...mak yg suruh katanya....first time order....kek vanilla manggo....

Sewaktu nak hantar kek ni...3 penghantaran termasuk kek ni...satu kemalangan kecil telah berlaku....huhu...tu lah kalau nak cepat sangat...org tua2 cakap biar lambat asal selamat...
Botol minyak baru beli ada dalam kereta tiba2 tergolek terkena kotak kek...aduhhh bungaku...rosak sedikit....mmm tak jadi antar balik baiki semula n baru hantar....dup dap2 jg jantungku....alhamdulillah dapat ditacap semula....

Dah le first time order....ingat lepas ni mereka mesti taknak order lagi....serikkah??

Rupanya lepas tu mak anak murid ni call lg...nak order lg...utk kawan katanya....nak kek serupa baru ni...

Ni lah keknya....hampir serupa....
Lepas tu call lg nak kek yg kecil2 katanya....oo yg RM5 tu....Syukran jazilan...alhamdulillah kepuasan pelanggan adalah keutamaan kak masz.

Wassalam.

Kedai Kek Nur Muslim - Salam Perkenalan

Teks: Mazlina Che Yusuf
Foto: Mazlina Che Yusuf


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Akhirnya lahir juga Kedai Kek Nur Muslim versi maya untuk saya kongsikan bersama para suri di luar sana, samada yang bekerja atau surirumah sepenuh masa. Memang saya tak pernah duga hobi dan minat saya dalam seni pembuatan kek ini benar-benar memberi peluang saya menjana pendapatan lumayan di samping tugasan tetap saya sebagai warga pendidik.

Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat senyuman pelanggan menikmati hasil air tangan saya walaupun hanya sekadar kerja sambilan, berperang dengan masa.

Terima kasih kepada suami, anak-anak dan keluarga yang terus-terusan memberi inspirasi dan sokongan kepada saya meneruskan hobi berharga ini.

Sehingga ke temu lagi. Saya akan terus muat turun tempahan-tempahan dari semasa ke semasa untuk tatatpan suri sekalian.

Salam ukhuwah dari saya!
Kak Masz