Saturday 8 February 2014

Kedai Kek Nur Muslim - Salam Perkenalan

Teks: Mazlina Che Yusuf
Foto: Mazlina Che Yusuf


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Akhirnya lahir juga Kedai Kek Nur Muslim versi maya untuk saya kongsikan bersama para suri di luar sana, samada yang bekerja atau surirumah sepenuh masa. Memang saya tak pernah duga hobi dan minat saya dalam seni pembuatan kek ini benar-benar memberi peluang saya menjana pendapatan lumayan di samping tugasan tetap saya sebagai warga pendidik.

Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat senyuman pelanggan menikmati hasil air tangan saya walaupun hanya sekadar kerja sambilan, berperang dengan masa.

Terima kasih kepada suami, anak-anak dan keluarga yang terus-terusan memberi inspirasi dan sokongan kepada saya meneruskan hobi berharga ini.

Sehingga ke temu lagi. Saya akan terus muat turun tempahan-tempahan dari semasa ke semasa untuk tatatpan suri sekalian.

Salam ukhuwah dari saya!
Kak Masz


No comments:

Post a Comment